1. Taman Buaya
Taman Buaya ini adalah yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 100 spesis buaya dipelihara di sini termasuk buaya Albino dan buaya bonggol belakang. Lanskap di sini diperbuat khas untuk mewujudkan suasana semulajadi untuk reptilia ini.

2.Taman Rama-rama
Salah sebuah taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif di dunia, menempatkan lebih daripada 200 spesis tempatan termasuk yang sukar didapati seperti 'Raja Brooke' dan 'Birdwing'. Terdapat juga lebih daripada 400 spesimen serangga.

3. Zoo Melaka
Tebih daripada 44 spesis haiwan yang terdapat di seluruh Asia Tenggara dan Afrika ditempatkan di sini mengikut habitat asal masing-masing. Dikategorikan sebagai salah sebuah zoo terbaik di Malaysia, ia adalah tempat menarik untuk anda mengenali segala kehidupan rimba.

4.Tasik Ayer Keroh
Sangat sesuai untuk aktiviti sukan air seperti berkayak atau berperahu. Lengkap dengan segala kemudahan untuk sekeluarga bersantai dan berehat dalam suasana yang harmoni dan sekitar yang permai.

5.Kolam Air Panas Gadek
Terkenal sebagai tempat mandian kesihatan di kalangan para pelancong dari seluruh dunia yang mencari kaedah perubatan semulajadi untuk pelbagai penyakit kulit. Selain itu, kedai-kedai kraftangan tempatan dan taman permainan turut menjadi tarikan tambahan untuk para pelancong ke sini. Sangat sesuai untuk sekeluarga bersantai.

6. Cape Rachado
Bagaikan syurga bagi para pemerhati burung. Kawasan ini merupakan kawasan tanah rendah yang menjadi tempat penghijrahan burung-burung yang terletak antara kawasan kehijauan dan ketenangan hutan tanah tinggi dan kebiruan teluk dan pantai yang indah serta bersih. Di sini juga terdapat rumah api tertua di Malaysia yang telah dibina oleh orang-orang Belanda pada tahun 1817. Dipercayai bahawa makan Parameswara terletak di kawasan ini.
Selain itu anda juga boleh menjumpai beberapa tanda legenda dan mempesonakan seperti tapak kaki H ang Tuan dan batu yang dikenali sebagai 'Batu Gajah'. Dipercayai bahawa batu ini pernah menjadi tempat rehat Hang Tuah. Tidak jauh dari rumah api, terdapat juga sebuah makam lama yang tidak dikenali.
Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat melihat 'anak bulan' mengikut hukum rukyah dalam menentukan bulan Ramadhan dan bulan Syawal untuk sambutan Puasa dan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Islam.

7.Hutan Rekreasi Ayer Keroh
Kawasan hutan tropika yang penuh ketenangan semulajadi untuk diterokai. Kawasan hutan yang tidak tercemar dan terpelihara untuk membolehkan para pelancong merasai dan mengalami sendiri suasana rimba yang asli. Kebanyakan pokok ditanda dengan nama masing-masing untuk kemudahan para pelancong mengenali spesis flora dan fauna Malaysia. Kawasan ini juga sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti merentas hutan, berjalan kaki, berjogging dan berbasikal. Terdapat laluan yang telah ditandakan.

Rumah Kembar

 Rumah Kembar adalah berbentuk studio.

Terdapat dua jenis rumah iaitu:-

-Satu bilik 

-Dua bilik

Antara kemudahan yang disediakan:-

-kettle

-iron

-television

-air-conditioner

-kolam

Suasana yang tenang dan nyaman.

berminat lock date anda di 0136624993

                                        







bilik 

Kemudahan seperti 

Dahlia

Rumah berdekatan dengan Pekan Merlimau

Dilengkapi dengan 3 bilik tidur , 2 bilik air, dapur dan ruang tamu.

10 minit dari politeknik
1 minit dari pekan merlimau

Fasiliti yang disediakan:
Katil Queen 3
Katil single 1

Hubungi pn zabidah 0136044499









Rumah Mawar (UiTM Jasin)

Assalamualaikum....

Homestay Mawar (UITM Jasin) menyediakan penginapan bagi mereka yang ingin menghantar anak ke lokasi-lokasi yang berdekatan dengan Homestay  ini.

Dilengkapi juga dengan mesin basuh, peti sejuk, katil, penghawa dingin, televisyen, meja makan dan kerusi. 

Di sini disenaraikan beberapa lokasi yang berdekatan :

1) IKM Jasin
2) MRSM Jasin
3) UITM Jasin
 
4) Sekolah Asrama Penuh Tun Perak

Lokasi Juga Berdekatan Dengan :-

1) Pekan Jasin
2) Dewan Alamanda
3) Stadium Jasin

Kemudahan Yang Berdada Di Sekitar Homestay :-

1) Pejabat Pos Jasin
2) Maybank Jasin
3) CIMB Jasin
4) Klinik Kesihatan Jasin
5) JPJ Jasin
6) Ambank Jasin

Fasiliti Di Homestay Jasin :-

Katil Queen 1
Katil Single 4

Untuk Tempahan Sila Hubungi :-

Zabidah ---) 0136044499 
 0136624993(Call/Sms/Whatsaap)