"Selamat Datang Ke Angsana Homesay Merlimau, Melaka"
"Selamat Datang Ke Angsana Homesay Merlimau, Melaka"
Angsana Homestay Merlimau telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu bagi menyahut seruan kerajaan yang inginkan ramai penduduk negeri Melaka mengusahakan homestay bagi menampung pengunjung-pengunjung yang meningkat ramai dari tahun ke setahun.
Lokasi kami di bandar Merlimau merupakan lokasi strategik untuk ke bandar Melaka dan juga pintu utama masuk ke bandar Muar, Johor. Melaka memang sudah terkenal dengan peninggalan sejarah kesultanan dan pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung dalam dan luar negeri. Terdapat banyak tempat-tempat bersejarah dan juga tempat-tempat rekreasi disini.
Dan kami yakin anda akan berasa kelainan bila berada di bumi bertuah ini, dan pasti anda akan mencintai negeri Melaka bila anda berada disini.
Untuk itu kami sediakan 2 buah rumah untuk para pengunjung yang inginkan kedamaian dan berasa suasana kampung Melaka. Lokasi kami juga terletak berhampiran dengan:-


Semasa berundur bersama Sultan Mahmud Syah dari serangan Portugis pada tahun 1511, Tun Teja meninggal dunia di Merlimau dalam perjalanan ke Bentayan, Muar. Tun Teja telah dimakamkan di bendang di Merlimau Pantai.
2) Perigi Portugis
Perigi Portugis terletak berhampiran Makam Tun Teja di Kampung Pengkalan Samak. Lokasi Perigi Portugis hanya 5 minit memandu dari pekan Merlimau.
Perigi ini digali oleh tentera Portugis ketika pemerintahan Portugis di Melaka selama 130 tahun. Sultan Mahmud Syah melarikan diri ke Johor selepas kejatuhan Dinasti Melaka. Baginda sering menyerang Portugis supaya mendapatkan semula Melaka. Askar-askar telah ditempatkan di sana untuk melindungi Merlimau dari serangan musuh.
Ini merupakan jalan yang menuju ke Perigi Portugis. Terdapat banyak pokok kelapa sawit di sepanjang jalan. Tapak Perigi Portugis agak terpencil. Kerajan harus memelihara dan mempromosikan Perigi Portugis sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.
3) Rumah Penghulu Mad Natar

Apabila Melaka memperolehi status Warisan Dunia, Lembaga Warisan Budaya Malaysia serta merta meluluskan peruntukan bertujuan membaik pulih Rumah Penghulu Merlimau yang telah usang.
Tidak dapat dinafikan bahawa Rumah Penghulu Merlimau ialah bangunan yang paling sesuai untuk menyelidik bangunan Melayu tradisi. Diharap pihak berkuasa dan keturuan Abdul Ghani dapat melindungi Rumah Penghulu Merlimau yang berstatus warisan budaya dunia.
4) Politeknik Merlimau, Melaka
Politeknik Merlimau terletak di Jalan Jasin, Merlimau. Jarak Politeknik Merlimau hanya 2 km dari Pekan Merlimau. Politeknik ini merupakan politeknik ke 14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Politeknik Merlimau menawarkan pelbagai program sijil dan diploma. Program-program itu termasuk Hospitaliti, Perdagangan, Pengajian Am, Kejuteraan Awam, Kejuteraan Elektrik dan Kejuteraan Mekanikal.
Politeknik Merlimau telah menjadi salah satu tempat pertandingan Sukan Malaysiake 13 yang berlangsung pada bulan Jun. Acara ragbi, gimrama dan gimnastik diadakan di Politeknik Merlimau.
5) Kolej Komuniti Merlimau



6) Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai
Kalau datang negeri Melaka anda mesti singgah di medan ikan bakar ini, sangat popular dikalangan tetamu2/ pelancong dari dalam dan luar negeri.
Terdapat pelbagai pilihan ikan dan masakan yang enak di sini.
Terdapat pelbagai pilihan ikan dan masakan yang enak di sini.
133 photos | 18,637 views | Add a comment?
items are from 26 Jun 2011.

Bagi sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami. InsyaAllah anda akan gembira dan selesa di Angsana Homestay Merlimau.
Alamat : JB 199, Jalan Pahlawan, 77300, Merlimau, Melaka.
Tel: 013-6044499 (Puan Zabidah)
Harga Rumah 1 : RM350 (weekdays), RM450 (weekend)
Kemudahan : 3 bilik tidur, 4 bilik air (sila rujuk keterangan dan gambar rumah 1)
Maksimum 8 orang. Tambahan pengunjung akan dikenakan caj RM20 seorang
Check-in : 2.00 petang
Check-out : 12.00 tengahari
Harga Rumah 2 : RM80 (weekdays), RM100 (weekend)
(sila rujuk keterangan dan gambar rumah 2)
No comments:
Post a Comment